Friday, 5 April 2013

TOMB RAIDER: ORIGIN SEORANG PENCARI HARTA KARUN

Tomb Raider merupakan satu siri yang best dalam movie dia (Angelina Jolie berlakon mmg superb ;P) dan aksi yang dipaparkan juga sangat menagncam dengan skil-skil akrobatik yang hebat. Namun pada masa tu ada gak game Tomb Raider tetapi ia tidak dapat menarik aku untuk cuba bermain pun sebab dari trailer je aku dah down melihat grafik dia yang tak lawa dan gameplay dia macam main Super Mario(ops :P). Namun bagi tahun 2013, Lara Croft kembali di dunia maya dengan menceritakan cerita asal usul (origin) dia. Best ke tak ek?? (ramai yang kata mesti fail sebelum game ni keluar).

Tomb Raider : A Survivor is Born
Tomb Raider 2013 (TR) merupakan genre action adventure yang membawa watak heroin aksi dunia game Lara Croft kembali mengimbau sejarah awal dia sebelum jadi pencari harta karun yang power dan digeruni. Asalnya Lara Croft bermula sebgai seorang ahli muda dalam ekspedisi kumpulan mencari tamadun yang hilang, Yamatai yang diketuai oleh Puteri Himiko...aku baca mmg ada sejarah plot ni dalam buku sejarah). Pasukan ni pun carilah kat satu pulau (tempat untuk game ni) yang diorang sampai lepas kapal diaorang kene ribut (nilah background evolusi Lara jadi survivor). Perbezaan Lara game terdahulu dan terkini sangat jelas dari aspek fizikal karektu tu sendiri dengan rupa paras yang ayu dan tak mencolok mata sangat (dulu mcm byk inplants jer...) dan skil dia tidaklah terlalu over (xdelah lompat sampai boleh buat backflip). 
 Environment yang lawa dengan grafik menarik mengikut mood
Namun semua resepi menjadikan Lara kepada watak yang kita tahu cukup seimbang (pada aku LC 2013 lagi real dari dulu dan lebih masuk akal). Perubahan Lara dari seorang manusia biasa yang perlu redah kepayahan berdasarkan instinct untuk terus hidup kepada watak hebat (bad ass heroin) hingga satu kumpulan pengganas yang pro pun takut dengan budak kecik ni diceritakan dengan baik walaupun sikit tak masuk akal gak profesional leh kene titik dengan amatur (pembunuhan Lara yang pertama sangat epic dan harus dipuji transformasinya tu).
Elemen Instinct  yang ada pada Lara menbantu kita selesaikan puzzle / cari arah tuju 
(simple dan cukup sebagai panduan)
Selain penceritaan origin Lara, TR 2013 juga mengagumkan dengan grafik yang sangat detail namun tidaklah begitu luas untuk diterokai (tak luas pun aku naik sesat sebab environment dia gelap....haha). Kawasan permainan yang berbeza setiap level menjadikan TR tidak menjemukan dan mengujakan untuk dihabiskan segera (aktivit-aktiviti yang pelbagai mcm puzzle, memanjat sana-sini dan harta tersembunyi yang ditemui). Keluasan map juga boleh diluaskan lagi kalau siapa ada duit dan masa lebih untuk download DLC dia yang buka misi tambahan khususnya untuk mencari harta karun. TR juga ikut trend game action adventure sekarang dengan banyak QTE (quick time events) tapi yang membezakan TR ni kalau dah lamat tekan input (horror gile!!!). Kesan kelewatan/salah tekan nilah yang membezakan QTE TR dengan game-game lain (best giler mcm tgk Final Destination..haha).

Malang tak berbau (cepat sikit jari tu ikut QTE!!!)
Seterusnya, Lara sebagai survivor guna senjata pun hasil dari persekitaran pulau. Senjata utama ada 4 jer iaitu bow & arrow (amik dari mayat), kapak, pistol & shot gun (dari pengganas). Namun semua ni unlock sikit-sikil dan senjata utama yang aku sendiri banyak pakai pun bow & arrow. Senjata juga boleh diupgrade dari kotak-kotak sekitar pulau yang Lara salvage hingga satu nilai tertentu untuk upgrade di base camp. Skill salvage pun penting untuk kita dapatkan makanan bagi replenish health Lara dan juga cari barang dari mayat/pengganas yang mati.

Senjata tak banyak (kata survivor, bukan pergi perang =P)
 
Selain senjata, Lara pun ada set skill untuk dinaikkan iaitu survivor (lebih kepada skil ketahanan macam animal instinct, salvaging, tahan sakit etc) dan hunter (lebih kepada penggunaan senjata macam menembak, targeting etc) yang hanya boleh kita upkan bila dah ada skill points yang cukup (samalah mcm game lain bila dah sampai level tertentu watak utama game). Semua kerja upragrade ni kita buat kat Base camp. Base camp pun merupakan stesen untuk kita lompat dari kawasan ke kawasan (kalau rajin dan pasti akan kita terokai kawasan permainan) untuk cari harta-harta tersembunyi (kalau nak cepat unlock level karekter dan cari kotak-kotak untuk upgrade senjata). Transfer dari kem ke kem juga mudah dan cepat dan setiap tempat yang kita jumpe item pun ada tanda kat map bende-bende yang kita jumpe.

Set skill Survivor untuk diuprgade bila Lara mula jadi power
Kesimpulannya, Tomb Raider 2013 adalah game origin Lara Croft yang sangat best. Para peminat game lama siri ini mungkin akan rasa Lara kureng sikit tapi apa yang dibawa oleh game TR kali ini cukup selari dengan peredaran masa dan memuaskan (semua elemen ada, tak banyak pun adalah sikit sana sini). First time aku tak ada bende nak komplen sebab memang game ni seronok dan tak bosan. Evolusi Lara dari orang biasa jadi survivor yang bad ass mcm karekter dia yang kita tahu sangat epic. Namun implikasi utama lepas main game ni ialah persepsi aku untuk game yang watak utama dia seorang heroin (kecewa banyak dengan game gune heroin) berubah sama sekali sebab aspek permainan TR telah menjadikan Lara best dan seronok dikenali, ceritanya menarik dan hidupnya perlu kita mainkan sampai habis (kalau mati restart balik lah kan...). Rugi woo tak cuba!!

No comments:

Post a Comment