Monday, 15 April 2013

SANDWICH BIKE: BASIKAL DALAM KOTAK

Trend berbasikal di Malaysia dah semakin diminati ramai. Aku rasa mungkin disebabkan penangan Azizul Hasni aka Pocket Rocketman masa Olimpik lepas menyebabkan fenomena berbasikal ni makin diminati ramai. Jadi kali ini aku nak share pasal satu inovasi basikal yang pada ada aku sangat COOL...
Hebat kot idea diorang ni buat basikal pakai kayu
Pernah tak terpikir kita beli basikal yang akan dihantar dalam kotak macam beli perabot IKEA (kene pasang sendiri dan material dia majoriti berasaskan kayu-plywood). Aku sendiri terkejut masa terjumpe artikel yang ada company dah pun design dan ada prototaip basikal daripada kayu (dan ianya pada aku sangat lawa!!!..drool). Company hebat yang design basikal ni aka Sandwich Bike ialah Bleijh Industrial Design Studio dari Amsterdam. Pada tahun 2013, Sandwich Bike dah pun dipaparkan secara fizikal bersempena Salone del Mobile di Milan, Itali yang baru sahaja selesai. Design atas kertas je bebarapa tahun lepas tapi dah jadi realiti dan dah boleh ditunggang (HEBAT!!!).
Dalam kotak ada basikal (genius!!)

Konsep pembinaan basikal ni adalah berdasarkan matlamat menghasilkan produk yang bertemakan flat packing and home assembly.  Jadi para designer yang kreatif ni pun bina konsep berasaskan tema tersebut dan hasilnya sungguh mengujakan (aku rasa ramai tabik spring tengok design basikal diorang ni). Basikal ini dijangka dijual pada akhir 2013 ini (Malaysia tah masuk ke tak...hoho). Diketahui umum banyak brand dan company elit termasuk automotif pun ada hasilkan basikal (Lotus pun ada basikal) namun kebanyakannya lebih kepada spek tinggi (racing, trekking) yang berbeza dari Sandwich Bike yang lebih kepada mood santai.
Pasang sendiri macam leceh tapi bagus jadi kita tahu apa yang rosak/nak disassemble ;P

Maka terhasillah Sandwich Bike yang komponen penting dia (body) berasaskan kayu plywood (yang memalui teknik pengukuhan/lamination aku rasa banyak kali ni) dan part berasaskan besi (cuma ada 50 part aje!!) yang penting macam handle, crank, rantai dan skru-skru yang semuanya dipasang dengan SATU aje alat (xyah pikir cari screwdriver dan spana..haha). Semua ini didatangkan dalam satu kotak yang termasuk sekali kertas panduan dia untuk para pemilik dia pasang.
Design futuristik dan kayu tu beri peluang untuk personalize basikal ni ikut citarasa
 

Bagi aku secara peribadi, sandwich Bike ini sungguh hebat dari sudut rekabentuk (minimalist dan futuristik) serta sangat fungsional (basikal dan boleh lipat masuk kotak). Tidak diketahui kekukuhan dia sampai tahap boleh buat treking ke tak tapi sah-sah untuk casual rider yang bawa bersiar-siar dan pergi sekolah/ofis memang tak ada masalah. Kalau ada rezeki nak gak la angkat satu (kalau harga mampu milik...hehe). Sapa ada duit boleh pre-order kat sini ok http://sandwichbikes.myshopify.com/. :D

No comments:

Post a Comment