Monday, 4 March 2013

XBOX Kinect: Berbaloikah membelinya???



Hari ini aku nak bercerita hal berkaitan alat pelengkap sistem permainan konsol XBOX 360. Alat itu adalah XBOX Kinect. Fungsinya merupakan sebagai alat kawalan kepada permainan video dengan menjadikan badan anda sebagai remote control…(xyah pegang pape sebab badan korang kene bergerak ikut keperluan game yang ko main)…

   Secara amnya XBOX Kinect  merupakan sebuah kamera pengesan pergerakan (motion detector camera) yang padanya turut terdapat microfon yang membolehkan arahan diberikan hanya menggunakan suara (voice command)…Secara peribadinya alat ini cool kerana boleh berangan mcm dlm movie-movie sci-fi dengan teknologi canggih…haha…
 Jeng jeng...Inilah dia XBOX Kinect
                 
   Pengalaman bagi yang pertama kali menggunakan XBOX Kinect ianya amat mudah dipasang dan digunakan kerana arahannya mcm pasang alat elektrik lain rumah anda…plug and play…(lupe kene update software lepas tu baru boleh main)…kiranya setup XBOX Kinect amat mudah jadi tidak perlu risau kalau takut rosakkan benda pelik ni…selepas mula berfungsi, arahan dan kaedah menentukur (calibration) juga tak de teknikal sangat dan hanya perlu ikut arahan…(buat ini dulu baru main sebab beberapa faktor penting alat ini perlu diambil kira seperti bunyi persekitaran, pencahayaan dan ruang bermain anda)…
 Cara untuk calibrate XBOX Kinect menggunakan KAD (datang dgn game Kinect Adventures) dan tanpa kad (gune arahan dalam Kinect)
                 
   Prestasinya secara amnya, XBOX Kinect menjalankan fungsi seperti yang dijanjikan…main game guna badan dan suara…(kire berpeluh satu badan main Kinect, tidak lagi peluh kat tgn aje…). Game yang berada dipasaran pada masa ini lebih berbentuk bercorak party games yang sangat sesuai jika dimainkan beramai-ramai seperti siri Kinect Sports, Dance Central, Fruit Ninja dan sebagainya. Genre lain permainan yang trurt ada di pasaran pada juga adalah bercorak senaman dengan siri seperti Your Fitness Evolved, Nike+ Trainer, Adidas MiCoach dan The Biggest Loser…(yup, dia target org yang malas bersenam suruh main game bersenam daripada duduk aje berjam-jam senam pada jari sahaja)…
            
 Antara title game yang boleh dimainkan dengan Kinect

   Namun, masih wujud ruang penambahbaikan utk alat ini khususnya melibatkan keperluan ruang permainan…XBOX Kinect memerluakan ruang bermain ideal yang agak besar…(7-8 kaki dari kamera…) agak menyedihkan sebab semua barang depan camera dan TV kene kasi clear…dan mcm aku ruang xde lah besar sgt utk main…walaupun ada alat 3rd  party yang boleh membantu mengatasi masalah ini terdapat beberapa isu khususnya melibatkan tahap responsif Kinect apabila menngunakan peralatan tersebut..(penat berlari/melompat etc tp dalam game xgerak2…haih)…mungkin dalam keluaran baru akan ada fungsi yang dapat membantu isu ini…
Lens 3rd Party yang boleh jimatkan ruang bagi Kinect berfungsi...

   Selain itu, kurang genre game yang serius juga agak mengecewakan bagi pengguna Kinect mcm aku…ingat ada alat kawalan seperti ini bolehlah berlakon pegang senapang dalam game atau jadi karekter Street Fighter…(imaginasi sgt)…walaupun title seperti itu telah mula muncul namun ianya masih kurang dan aspek permainannya masih belum mampu merubah menggantikan penggunaan alat kawalan tangan sebagai peralatan utama gaming.

   Akhirnya berbaloikah XBOX Kinect…bagi mereka yang ingin mencari kelainan dalam bermain game…cubelah dan ianya berbaloi khususnya apabila ramai kawan anda datang ke rumah dan bosan  tak tahu nak buat ape…main XBOX Kinect…sah pecah perut…tidak lagi anda dan beberapa org shj dapat bermain tapi boleh libatkan sesiapa sahaja (takat ni max 4 org sekali sesi main)…PS, range harga dipasaran Malaysia utk alat ini dalam RM350-RM450 (item baru dari ladang), pepandaila survey k untuk cari harga lagi murah…bye =) 

No comments:

Post a Comment