Monday, 25 March 2013

REAL RACING 3: GAME RACING "MENUGGU" IOS DAN ANDROID

Entry hari ni off topic dari game konsol sebab aku tertarik nak review game racing bagi iOS dan android, Real Racing 3. RR3 adalah dari dikeluarkan EA dan dibangunkan oleh Firemonkey. Game ini merupakan siri ketiga bagi game ini yang pernah dikeluarkan kali terkahir pada 2010. So best ke tak yer untuk kali ketiga ni. Huhu.
 Real Racing 3
 
RR3 merupakan game yang perlukan memori 1.7Gb (download lah dalam iOS atau android) dan tanpa perlu kos (game ni “FREE” sangat..). Bila dah install, game ini berjalan dengan baik, menu yang interaktif dan juga grafik yang sangat cun bagi sebuah game racing yang pernah aku main untuk alat elektronik mudah alih (aku main kat ipad mini).
Grafik game yang cun!!

RR3 merupakan game racing yang terdapat pelbagai acara perlumbaan dari spesifikasi kereta stock kilang hingga ke tahap super gt (yang ada team-team kereta super hebat). Namun anda akan bermula dari bawah dengan budget ciput dan sedikt emas (gold) bagi memulakan karier anda dalam trek RR3. Jenis perlumbaan ada banyak juga dengan acara-acara utama semuanya di trek perlumbaan seperti cup, ujian masa, eliminasi dan drag (lumba masukkan gear...).
Banyak acara perlumbaan (tapi kene ikut syarat kereta)

Drag Racing pun ada

Perlumbaan juga merupakan perlawanan dengan pemain sebenar tapi bukan pada masa sama yang EA panggil Time-Shifted Multiplayer (TSM). Konsep TSM ni cara mudah nak faham adalah lawan id orang betul yang telah main game tu sebelum ni. So kiranya kene kalahkan rekod / achivement player seluruh dunia yang pernah main acara tu untuk dapatkan piala (1,2,3 aje yang dapat) yang bolehkan kita unlock acara perlumbaan lain. Macam konsep berlumba dengan ghost AI tapi sebenarnya memang orang betul.
 Time-Shifted Multipalyer tak buatkan kita rasa kesunyian
 
Pelumba diberikan ganjaran R$(duit untuk beli kereta, upgrade dan repair kereta) dan GOLD (untuk skip masa menunggu) bila menang perlumbaan, buka acara baru dan naik skill level pemandu. Upgrade dan Kereta mahal gila so mungkin banyak kali kene main benda yang sama untuk kumpul R$ dan GOLD (melainkan kamu sanggup kuar “DUIT” untuk skip semua tu...=P) sebelum dapat beli kereta ikut syarat acara lumba lain. Aspek ini jugalah yang menjadikan RR3 tak best sebab masa menuggu juga akan timbul untuk semua benda (repair, pasang upgrade dan kereta baru order) ada masa menunggu dia....haih.
 Lepas lumba kene repair dan service apa yang patut (tunggu lagi ;P)
 
Cara pengendalian pemanduan game ini amat mudah dengan stereng ikut pergerakan macam pegang stereng kereta betul yang responsif. Kamera ada beberapa pilihan dari dalam hingga luar kereta dan alat bantuan pemanduan kita boleh set ikut kemahuan (kita jaga stering aje yang lain AI jaga hingga jaga semua aspek pemanduan bagi yang pro).
 Upgrade pun kene tunggu barang sampai (tunggu lagi...haih ;P)

Bagi aku yang suka main game, RR3 merupakan game yang hebat bagi sebuah game yang “FREE” kerana grafik, mode, multiplayer dan kepuasan bermain. Namun halangan yang diletak kepada aspek menunggu dan harga kereta yang mahal merupakan satu dugaan besar untuk tahan diri dari gunakan "DUIT" beli bende-bende merepek. RR3 bolehlah merupakan game yang aku akan main jika tidak berada depan laptop atau konsol tapi untuk main secara serius aku rasa tak kot.

No comments:

Post a Comment