Thursday, 7 March 2013

NEED FOR SPEED MOST WANTED 2012: PERLU TRANSPLAN ORGAN DALAMAN!!!


Need For Speed Most Wanted merupakan title yang gah keluaran EA beberapa tahun lalu (2005, zaman kat UM aku main game ni satu hari jer leh sttle sbb xleh tido piker game ni xhabis2…tq sponsor pc =p). Namun tajuk bagi title siri yang sama bagi tahun 2012 oleh EA ini pada pandangan aku mengecewakan kerana ianya tampak banyak kekurangan seperti EA masih tercarai-cari arah tuju dalam menarik minat pemain game racing untuk kembali kepada siri NFS.

 Need For Spee Most Wanted 2012

Need For Speed Most Wanted 2005

Persamaan Most Wanted (MW) 2012 dan MW 2005 tetap sama dari segi objektifnya iaitu menjadi pemandu paling dikehendaki di kawasan permainan…Bagi MW 2012, perlumbaan kali ini diadakan di Fairhaven yang tidak ada sekatan untuk diteroka seluruh pelusuk map permainan berbanding MW 2005 yang perlu naik level baru unlock tempat2 lain (modus operandi sama digunakan untuk siri NFS: Underground). Walau bagaimanapun, apa yang mengecewakan adalah tiadanya satu jalan cerita yang menarik seperti MW 2005 diletakkan bagi MW 2012 (jalan cerita NFS:The Run pun best walaupun ramai yang kritik...) di mana meletakkan pemain (especially aku!!) tidak ada motivasi untuk settlekan game ni cepat utk dptkan kereta-kereta lawan yang best…(dia bagi list top 10, ajar kita cara nak jadi no 1 kemudian expect kita ulang bende yang sama...haih)
Senarai Hitam Most Wanted 2005 (attitude sangat!!)

Senarai Hitam Most Wanted 2012 (boringnya =@)

Senarai kereta MW 2012 amat mengagumkan dari keluaran terkini kereta sukan berkuasa tinggi dan juga ada SUV yang best macam Land Rover Evoque...Cara nak dapatkan kereta unik dengan memerlukan kita cari kereta-kereta best di sekitar kawasan Fairhaven yang luas di Jack Post (tempat pelik-pelik jumpe kete best2…). Bila dah jumpe Jack Post dengan kereta yang best, tempat tersebut akan ditanda pada map dan kita boleh guna kereta tu (kita boleh terus tukar kereta dari mana-mana Jack Post pada bila-bila masa direct dari menu…).
Peta lokasi Jack Post di seluruh Fairhaven (tempat kereta2 boleh ditemui...)

Dari sudut racing, setiap kereta ada race yang sama untuk unlock upgrade dan juga up point bagi bolehkan kita cabar list top 10 (sebab xde cerita tu yg kene masuk byk race). Halangan upgrade ini menyebabkan kita kene drive semua kereta yang kita nak guna dalam race upgrade sebelum nak lawan driver dlm list top 10…(so kene naik setiap kereta utk upgrade kereta tu…penatnya)…Ini antara yang tak best utk MW 2012 sbb berbeza dengan MW 2005 dulu kita  hanya perlu unlock upgrades sekali sahaja dan boleh guna untuk semua kereta yang kita ada bila kita capai level tertentu...

Upgrades dalam MW 2005 sangat detail 
(biarlah walau kereta ini milik aku dalam alam maya sahaja =D)

Dalam aspek naik traf kereta ni juga MW 2012 kurang depth untuk pemain sebab upgrade visual kereta kurang ditonjolkan yang amat (seperti nak tukar cat…tukar sport rim…etc ) yang dibawa seperti  NFS: MW 2005 (hantu sport rim sedih lah xdpt cari rim ganas2…). Ketiadaan option ini mengurangkan option untuk personalize kereta yang kita ada (xleh buat Lambo Hello Kitty…huhu)…yang ada untuk tukar cat pun kita lalu macam stesen minyak untuk tukar kaler dan betulkan kereta yang dah crash berkali-kali (boring….) 

 Leceh tul nak upgrade kereta kene race (hmmmph...)

Dari aspek permainan MW 2012 tiada efek bullet time yang pernah ada dalam MW terdahulu…Elemen ini telah dikeluarkan sama sekali menjadikan kita susah nak elak roadblock yang ada tiba2 dalam MW 2012….(kalau ada sah2 boleh elak paku roadblock lebih2 lagi time kite sibuk racing sambil kene kejar polis…haih)…Bullet time dalam MW terdahulu ini juga merupakan elemen penting dan paling menarik bagi aku sebab ianya membolehkan kita jadi paling jahat mainkan polis sebab boleh elak sesenang dr diorg (4-5x heli kene isi myk xdpt tangkap aku dulu…haha)…tp kalau nak buat record yang sama mcm tu dalam MW 2012 agak susah lah rasanya…  
Diakui grafik MW 2012 sangat best tapi itu aje (gameplay tiada yang menarik...)

Kesudahannya, MW 2012 bagi aku yang suka main game adalah satu yang mengecewakan. NFS:MW 2005 merupakan game yang sangat aku suka sebab jalan cerita dan cara permainan dia yang best. Tapi bagi MW 2012 aku rasa bile dah habis list jadi Most Wanted Driver aku rasa dah tak main lagi kot game ni…Permainan racing lain ada yang lagi menarik dari keluaran terbaru siri NFS ni…betul juga kata orang putih “less is more” dan MW 2012 mungkin patut belajar dari term tu…;P

No comments:

Post a Comment