Monday, 18 March 2013

NARUTO ULTIMATE NINJA STORM 3: SHINOBI PERGI PERANG

Naruto merupakan antara mangga yang ada ramai follower di Malaysia (reader please ngaku ajelah pernah tahu fasal budak ninja ni....tak tengok kartun konon). Naruto Ultimate Ninja Storm 3 (NUNS3) merupakan siri terbaru daripada NAMCO melibatkan ninja-ninja siri Naruto Shippuden (Naruto dah besar) yang memasuki fasa peperangan menentang kumpulan Akaktsuki.
NUNS3 (akhrnya dapat guna semua jinchuuriki)


Penceritaan game Naruto kali ini menyambung episod selepas serangan Pain ke atas Konoha (game Naruto Generations). Dalam game ini, Naruto sudah dikenal ramai sebagai HERO yang selamatkan Konoha selepas dia dah kalahkan Pain. Permulaan NUNS3 ini juga sangat hebat dengan babak awal adalah serangan Kurama (Raksasa Musang berekor 9) terhadap Konoha. Babak awal ini merupakan prologue kepada episod-episod yang akan menyusul dalam game ini. Ianya mungkin dapat membantu mereka yang kurang faham fasal game ni (Kalau masih tak faham boleh buke manga-manga yang ada online ok ;P)
Babak Prologue Konoha diserang Kurama


NUNS 3 mempunyai 2 (dua) mode utama jika anda bermain offline (macam aku). Mode pertama adalah Ultimate Adventure (bermain dalam mode cerita Naruto) dan mode kedua adalah Battle Arena (utk lawan 1-1 menentang pemain lain / CPU). NUNS3 pada mode cerita merupakan perkara utama yang ingin diketengahkan dalam game ini. Dalam mode ini, selain daripada melalui episod Naruto dari awal (kamu akan tahu macamne boleh Naruto jadi anak yatim piatu...sob sob) hinggalah ke klimaks dua sahabat gaduh dan budak rambut emas ni penuhi takdirnya (tak nak citer, pergi main sendiri...;p), ia juga membolehkan karekter tambahan diunlock dan boleh dimainkan dalam mode Battle Arena.

 HERO-HERO kampung ninja berkumpul (ramainya!!!)


Pengenalan baru yang diperkenalkan dalam Ultimate Adventure ini adalah elemen memilih jalan cerita dalam permainan (laluan Legend atau Hero) yang mana ada tahap kepayahan berbeza dengan cerita yang tersendiri (Legend lebih susah dan ikut cerita asal, Hero mudah dan cerita alternatif). Walau mana pun cara dipilih, kesudahan dia sama dan kita boleh unlock pilihan yang kita tak pilih dengan main semula bab yang kita nak tengok tu jer (xyah main dari awal...yeah). Selain itu, peralatan yang dibawa juga ikut boleh pilih set Legend atau Hero (pd aku sama aje sebab xpakai sangat). Jangan lupe penuhkan bar life sebelum pergi berlawan dengan makan Bento atau bende2 yang berfaedah ok (peringatan takut suka main lawan tak chek life bar).
 Perlawanan penuh dramatik ada pilihan laluan Legend atau Hero
NUNS3 dalam mode Battle Arena pula mcm game fighthing lain adalah untuk beradu tenaga antara karekter. Roster bagi karekter NUNS3 merupakan yang paling ramai berbanding siri Naruto sebelum ini (>80) yang memuatkan wira-wira zaman dulu dan sekarang termasuklah jinchuuriki (manusia yang ada simpan raksasa) daripada 1 ekor hingga 9 ekor (makin banyak ekor main kuat). Tiada perkara baru dalam teknik berlawan  yang kekal dengan penggunaan button yang sama seperti siri Naruto sebelum ini, peralatan sama dan tag rakan-rakan untu bantu masa bergaduh (Naruto Generations, NUNS2). Mungkin yang boleh diambil kira mode Awakening yang ada bagi setiap karekter bila meter life dah kritikal (extra kuasa damage bila diorg serang lawan). 

 Bonus game bagi yang berminat macam siri-siri dulu 
(Uniform Dragon Ball kalau ada yang nak download...)
Jadi secara totalnya, NUNS3 merupakan game yang seronok dan memperkenalkan perlawanaan penuh dramatik dalam Ultimate Adventure (QTE dia pun banyak...haih). Bagi aku yang suka main game, perlawanan boss-boss besar (semasa prologue dan episod perang) merupakan perlawanan yang sangat mengancam secara visual dan memuaskan khususnya kepada peminat setia siri ini (berbaloi studio ni buat sequence bab-bab ni yang makan masa 5 bulan). Penceritaan dia pun penuh dramatik dan emosional sikit tapi tidak pernah terhenti daripada aksi berlawan yang best. Battle Arena NUNS3 padat dengan karekter-karekter faveret siri Naruto hinggalah yang tak kenal pun ada. Cara berlawan mengekalkan cara kendalian berlawan yang ringkas dan mudah untuk semua peringkat pemain. NUNS3 ini merupakan game fighting ninja anime / manga yang pastinya meneruskan kejayaan siri-siri game Nnaruto sebelum ini (yakin je aku ni..haha).

No comments:

Post a Comment