Friday, 8 March 2013

METAL GEAR RISING: REVENGEANCE - KERJA POTONG MEMOTONG TIDAK PERNAH SESERONOK INI MUDAH

Siri game Metal Gear tidak perlu banyak intro terutama kepada majoriti yang main game sejak dari zaman Playstation One mesti tahu (kalau tak tahu ape yg korang mian???). Game Metal gear terkenal dengan siri-siri Metal Gear Solid (MGS) dan hero utamanya, Solid Snake yang mana merupakan seorang super agen. Siri-siri MGS yang utama terdiri daripada Metal Gear Solid, Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty, Metal Gear Solid 3: Snake Eater, Metal Gear Solid 4: Sons of the Patriots dan tidak dilupa Metal Gear Solid: Peace Walker. Siri MGS merupakan game berkonsepkan hide n seek...(kurang kombat direct sbb lebih utamakan stealth...). Namun siri Metal Gear kali ini merupakan sesuatu berbeza daripada produksi Hideo Kojima yang lalu. Metal Gear Rising: Revengeance adalah idea studio beliau tetapi dihasilkan bersama dengan studio luar iaitu Platinum Games (yang terkenal dengan game Bayonnetta & Vanquish). Ape hasilnya?? Best ke?? 

Metal Gear Rising: Revengeance (tamat sudah penantian!!!)

Hero MGR: Revengance adalah cyborg (manusia+robot) berpedang yang telah pastinya semua pemain MGS kenal iaitu Raiden (MGS 2 & MGS 4). Dalam game ini, Raiden ialah askar kepada sebuah syarikat ketenteraan bagi menjaga keamanan sebuah negara di benua Afrika yang baru aman lepas perang. Tapi pihak-pihak yang buat duit dengan berperang tak suka, nak jadi cerita so mereka ni serang negara ni dan sebabkan Raiden perlu masuk campur (Raiden siap kene pecat company sebab nak hapuskan musuh sebenar...kenapa agaknye ek...hoho...). Jalan cerita dalam MGR:Revangeance sangat menarik dan ia tidak mengecewakan sama seperti siri MGS terdahulu yang banyak simpang siur dan konspirasi.
 
Raiden (sampai ke kaki pun boleh pegang pedang...[drool]...)

MGR: Revengeance seperti siri MGS terdahulu turut ada BOSS-BOSS yang sangat $%&#@*!(susah nak decribe sbb dah lah jahat, dia punye kelebihan dan kebolehan tu adoi ai...mcm tak caya diorg boleh wujudkan karekter mcm ni). Ada 6 BOSS utama yang akan Raiden perlu tumpaskan untuk tamatkan game ni dan kesemua BOSS ini ada kelebihan tersendiri dan cara mengalahkan diorg pun berbeza2 (tak bosan sebab lawan BOSS mmg patut susah pun...hohoho). Beberapa perlawanan dengan BOSS-BOSS ni juga Raiden akan dapat senjata kedua yang boleh digunakan dalam game (senjata tu musuh punye tapi dia dah jadi rampasan perang Raiden...haha). Senjata utama dan kedua ini boleh diupgrade bagi mencapai tahap kemusnahan lebih tinggi berserta dengan kebolehan-kebolehan lain Raiden. Ni belum termasuk senjata artileri yang sama mcm siri MGS lain.
   
BOSS-BOSS yang perlu diselesaikan...mana lagi 2?? Spoil la kalau bagitau... 

Dari sudut permainan, MGR: Revengeance menggabungkan kaedah pendekatan hide & seek tradisional MGS ideologi Kojima dan hack & slash (zan datsu) yang dilengkapkan oleh Platinum Games berdasarkan idea asal game ini. Perkahwinan dua pendekatan ini sangat bernas dan mantap sebab Raiden yang muda memang karakter yang sesuai buat gerakan pantas dan ganas membelah semua musuh macam potong sayur (belah lah mana pun part yang korang suka n sampai kecil mana kalau korang ada jari yang pantas...) tapi still boleh menyelinap masuk kawasan musuh/bunuh musuh cara tradisional MGS (dia dah tusyen dgn Solid Snake ni...hoho).
 
 Sampai area baru kita scan dulu area untuk decide nak redah aje atau main sorok2...

MGR: Revengeance memperkenalkan beberapa mod dalam permainan yang menarik. Mod pedang (Blade Mode) merupakan macam bullet time guna pedang yang bila diaktifkan ni membolehkan korang memotong orang umpama sayur utk dimasak sup (potonglah dadu ke, cencang lumat ke, ikut korang)...tapi nak masuk mod ni ada syarat dia gak sebab player kene lemahkan musuh terlebih dahulu atau berjaya buat tepisan (Blocking) terhadap serangan awal musuh. Mod ni juga penting untuk Raiden ekstrak core daripada musuh yang dia akan serap untuk cas semula meter vitaliti dan blade mode.
 
Blade mode...potonglah ikut sesedap rasa....

Core yang penting diekstrak dari musuh...

Elemen Blocking dalam MGR: Revengeance juga agak unik dan penting sebab skill inilah yang perlu dikuasai untuk menang dgn BOSS-BOSS yang sangat power. Blocking yang terlalu awal hanya akan dapat tahan serangan musuh. Tapi kalau dah selalu berlatih, timing block yang baik akan buka ruang untuk buat serangan balas yang bolehkan kita musnahkan musuh dengan cepat (Parry Attack). Tip mudah untuk timing yang baik adalah berjaga-jaga saat serangan musuh bila skrin tetiba warna merah (masa itulah saat tepat nak block). Namun, menepis tidak boleh halang semua jenis serangan seperti tembakan dan juga serangan tertentu musuh/BOSS (sebab serangan diorg dah terlalu power utk ditepis...).
Parry Attack...timing merupakan elemen penting untuk skill ini dikuasai

Walau bagaimanapun, MGR: Revengeance  tidak dapat lari dari kekurangan. Pada aku, satu kekurangan bagi game ini ialah kamera dia kekadang jadi huru hara sebab dia tiada camera lock. Masalah pasti akan timbul khususnya time kite tengah kelam kabut lawan BOSS/musuh ramai gile. Keadaan ini sebabkan masalah dalam pergerakan Raiden yang boleh menjadi punca dia tersepit kat dinding dan mati free katak style...(aku frust time lawan BOSS yang lagi sikit nak kalah kite lak yang mati...ulang balik...adoi...).
 
DLC untuk game ni juga ada watak Gray Fox (dari MGS) yang boleh ganti Raiden dalam game 

Penghujungnya, MG: Revengeance merupakan game yang dah lama ditunggu peminat Metal Gear dan boleh dikatakan ia penantian yang berbaloi. Tidak dapat dinafikan bahawa MGR: Revengeance merupakan title yang seangkatan dengan siri MGS yang lain dengan kekuatan yang tersendiri. Heronya pula, Raiden bolehlah padam sejarah hitam masa MGS 2 yang tak best dan para peminat MGS 4 bolehlah lepaskan geram dengan karakter ni yang tak dapat digunakan untuk game tu dulu. Bagi aku yang suka main game, MGR: Revengeance sangat best dan seimbang dari segala sudut serta tidak keterlaluan jika ia boleh dikatakan calon game terbaik bagi tahun 2013. =D

No comments:

Post a Comment