Friday, 22 March 2013

FORZA HORIZON: UNTUNG SAPE ADA XBOX 360


Forza Motorsport merupakan siri game racing yang sudah sinonim dengan pemilik XBOX 360. Forza Horizon merupakan game keluaran terbaru siri ini (2012) namun agak berbeza dari sudut pembawaannya yang mana ia tidak fokus semata-mata kepada perlumbaan seperti siri sebelumnya tetapi membawa pemain untuk meraikan festival permotoran di Colorado, USA iaitu Festival Horizon.
Forza Horizon (grafik dan pemandangan yang best!!!)

Persepsi awal aku masa mula bermain FH ni macam rasa main game NFS: Underground satu ketika dulu. Namun bila dah bermain jauh sikit baru aku perasan bahawa FH ada keunikannya yang tersendiri dan ia amat SERONOK!!. FH menawarkan penceritaan pemain sebagai muka baru yang masuk festival ni utk jadi juara. Dah nama rookie starting pun mula dengan kete kecik VW Corrado VR6. Namun, semakin lama main makin power lah kereta yang akan kita dapat dari menang event (special events atau dapat daripada rival) atau beli dari kedai.
 Kereta cult racing pun ada (Fast and Furious!!!)

Aspek permainan FH merupakan sesuatu yang dialu-alukan kerana ada pelumbaan juga dipelbagaikan dengan aktiviti rasmi festival (perlumbaan rasmi festival) dan illegal (kat car lot dan kita chahllenge ai utk street racing). Perlumbaan pun varied ikut kelas (macam biasa dalam Forza) dan tak ikut kelas (kalau street racing). Apa menariknya adalah turut diadakan acara-acara berlumba dengan kenderaan beroda bukan atas bumi/tanah (variasi macam ni buatkan FH menarik dan seronok).
 Pelbagai view pemanduan dari luar hingga dalam kereta (semuanya best!!)

Selain dari sudut permainan, FH membolehkan pemain fine tune kereta sedetail yang kita nak (dari enjin, bodykit, rim hinggalah ke cat). Aku rasa inilah game kereta yang aku akan lama main sebab lama duk fine tune kat workshop, haha. Tapi bab performance cume dia pakejkan upgrade je (stock, street, race etc). Tapi itu pun kire dah memuaskan aku sebab lepas zaman NFS: Underground xde lagi game yang buat customization mcm ni lagi (hooray !!).
 Livery yang lawa-lawa pun boleh download atau beli (kene cari lah yer)

 Upgrade boleh satu persatu atau cara cepat dengan Auto Custom 

Bonus dalam game FH ni juga banyak. Ada mini games dalam peta Colorado yang luas perlukan kita cari kereta antik (ada 9 tak silap) dan juga langgar sign board iklan upgrade (kita dapat diskaun berdasarkan berapa banyak dah kite langgar bila beli upgrade untuk kereta). Selain itu, grafik dan pemandangan FH sendiri sudah cukup mengujakan dan kereta yang BANYAK amat memuaskan aku untuk game ni.
 Teringin aku buat design kereta macam ni...hoho
 
Jadi bagi aku yang suka main game, FH merupakan game yang berbaloi untuk kaki game luangkan masa bermain. Grafik lawa, mode permainan yang pelbagai, kereta banyak dan aspek customization kereta yang baik merupakan kekuatan game ini. Rival dia kadang-kadang dialog macam bangang boleh diabaikan sebab bende-bende lain dah cukup untuk cover kekurangan tu (aku rasa..huhu). Permulaan game dia pun dah cukup menarik sampai aku tertipu ingatkan starting dah dapat kereta power..haha. Rugi tak main 2012 Game of the Year ni...hoho.

3 comments:

  1. Salam...sy nak tnye ni bro...rr3 ley xrace ngan kawn..mksud eh..beating ngan kawan seblah2..tq

    ReplyDelete
  2. wsalam, bro aizuddin din, takat ni aku main sampai katam xde lak pernah nampak option split screen (main dgn kawan seblah-seblah)....Horizon ni focus kalau main multipalyer lebih kpd gune xbox live...try game lain mcm Grid 2 yg baru keluar tu ada splitscreen dan game dia n grafik mmg boleh tahan....:D

    ReplyDelete
  3. berapa harga untuk game ni yg original? aku beli yg pirate , supplier burn tak complete

    ReplyDelete