Monday, 11 March 2013

FIFA 13 – INI BARULAH GAME BOLA SEPAK!!


     Bola sepak merupakan sukan paling fames di dunia dan siri game FIFA keluaran Electronic Arts merupakan antara siri game berasaskan sukan ini yang paling lama bertahan. FIFA 13 merupakan keluaran terkini EA yang boleh dikatakan amat memuaskan kaki game bola mcm aku. Setakat ini, terdapat beberapa sebab yang aku katakan FIFA 13 memuaskan khususnya bagi mode career yang aku suka main utk siri game ni berbdanding keluaran terdahulu (sebab main off line, so main mode ni aje lah).
FIFA 13 (dah dapat award game sukan terbaik 2012...hooray!!)

     Pada tahun 2013, EA telah memuatkan beberapa elemen penting yang amat baik dalam meningkatkan kerjaya gamers dalam arena bola sepak. Dalam mode kerjaya (career), pemain boleh memilih sama ada menjadi pemain bola atau pengurus, pilihan ini berkurang satu elemen daripada FIFA 12 kerana pemain tidak lagi boleh menjadi pemain pengurus (player manager, ala2 macam Anelka kat China dulu). Untuk aku ini merupakan satu yang merugikan sesetengah pihak yang suka jadi pemain+manager..tp bagi aku xkesah sbb aku lebih suka jadi manager…(berangan jadi SAF, GGMU!!!).
 Menu pengurus yang telah baik berbanding FIFA terdahulu...
Menu semasa jadi pengurus negara...

     Sebagai pengurus dalam FIFA 13, penambahbaikan pertama yang yang aku suka adalah memilih sama ada untuk bermain dalam pertandingan Eropah pada musim pertama lagi (yahoo!!)…Berbanding FIFA 12 dan sebelumnya, pasukan hanya boleh join Champions League (CL) atau Europa League (EL) pada musim kedua (merugikan masa kalau kita memang dh pilih team yang layak untuk EC dan EL.), FIFA 13 memberi pilihan kepada pemain untuk terus bermain di CL atau EL dari musim pertama bergelar manager. Jadi boleh la collect piala benua dari season pertama dan naikkan rapport lagi pantas.
Boleh set main kat CL atau EL bagi kelab yang layak dari musim pertama...yea!!!

     FIFA 13 juga telah menjadikan proses menjadi pengurus bukan hanya terikat kepada peringkat kelab sahaja. Kelainan FIFA 13  pada kali ini adalah membolehkan pemain turut menguruskan pasukan kebangsaan (terbaik, boleh jadi mcm Guss Hiddink dulu!!!). Pembaharuan ini amat dialu-alukan dan patut dah ada dari dulu yang mana sekarang ni kalendar bola sepak tidak akan lagi kosong semasa cuti pra-musim seperti di game-game FIFA sebelumnya yang boleh diisi dengan perlawanan peringkat antarabangsan sama ada World Cup, Piala Konfederasi, Euro Championship dan lain2 perlawanan peringkat benua/persahabatan...(kene tgk calendar taku salah pilih team yang takde pape hujung musim…).
Jadual tahunan bola yang penuh setiap musim...(hooray!!)

      FIFA 13 juga telah menambah baik proses urusniaga pemain dengan beberapa pembaharuan yang lebih realistik. Antara perkara yang ketara adalah manager boleh membuat pertanyaan kepada kelab pemain yang ingin dibeli,…(so xyah bayar lebih sgt kot2-kot kelab tu mg nak let go player target kita tu.). Selain itu, pemain juga boleh menawarkan pertukaran pemain kelab sedia ada sebagai pemberat kepada tawaran yang hendak dibuat…(tip: jual pemain tua utk kurangkan kos bawa pemain baru…haha). Perpindahan juga lebih realistik dengan berita-berita urusniaga dan kontroversi pemain…(jaga-jaga kerana pemain anda juga boleh tiba2 jadi gila dan nak transfer) tip mudah nak atasi masalah ni, bg kontrak baru, haha (mcm kes Rooney dulu..).
 Nak kurangkan kos, jual player yang agak2 kelab lain tu berminat pada mereka (yang tu kasi tolak untuk diskaun...hoho)

     Perubahan yang paling bermakna juga adalah dari aspek permainan FIFA 13 di atas padang. FIFA 12 merupakan satu langkah kehadapan apabila EA memperkenalkan pergerakan 360o  dan kaedah pertahanan yang lebih realistik. FIFA 13 meneruskan trend yang sama apabila kali ini memperkenalkan First Touch Control iaitu sistem yang lebih realistic kepada sentuhan pertama pemain dengan bola yang mana bola lebih natural seperti atas padang sebenar dan tidak lagi melekat seperti magnet di kaki (melantun dia sgt over kekadang, haih). Upgrade pada AI juga lebih jelas yang man AI sama ada rakan sepasukan atau lawan juga lebih realistik dengan lebih bijak membuka ruang dan menjauhi perangkap offside serta memberi isyarat meminta bola.
First Touch Control (lagi power player, FTC diorg lagi ok...)

    Tambahan lain dalam FIFA 13 turut memperkenalkan permainan sukaneka berasaskan skill sebelum memulakan permainan. Idea ini juga amat dialu-alukan dengan permainan seperti  dribbling, hantaran lintang, sepakan percuma sangat membantu dalam menajamkan skil untuk dibawa ke pemainan sebenar (kdang-kadang terleka main bende ni sampai game sebenar tak start pun...haha).
Skill games yang pelbagai termasuk nak scoer penalti dan dribble..

     Jadi, bagi para peminat bola, mainlah FIFA 13 sebab ianya lengkap dengan apa yang kita harapkan dari sebuah game bola sepak. Sudah pasti akan ada pihak yang merungut bahara Pro Evolution Soccer 2013 keluaran KONAMI  juga standing FIFA 13. Namun pada aku aku yang suka main game, mode FIFA 13 cukup memuaskan (career) dan lesen rasmi milik EA yang membolehkan mereka menggunakan imej rasmi kelab dan pemain juga merupakan pemberat amat besar dalam menarik mana-mana fan bola untuk bermain FIFA 13, apapun selamat bermain !!!

No comments:

Post a Comment