Tuesday, 12 March 2013

DmC DEVIL MAY CRY: KENAPA MARAH SANGAT??!!

Devil May Cry merupakan satu siri game yang sangat popular bermula dari tahun 2001. Siapa sangka sehingga ke Devil May Cry 4 terakhir, ramai gile peminat yang sangkut dengan watak hero Dante yang rambut putih dengan style dia yang cool dan stylo bila berlawan musuh. Namun, DmC Devil May Cry keluaran 15 Januari 2013 ini merupakan satu kelainan yang sangat dialu-alukan pelbagai pihak dan ramai juga yang membantah sampai ada memfailkan petition untuk didebat kat Kabinet di US (haha...game ni kuar masa besday aku, mcm aku dpt present jer...haha).
 DmC Devil May Cry...Nafas baru yang masih mengekalkan idea sama 
(credit:http://www.g4tv.com/thefeed/blog/post/729866/2013-games-preview-dmc-devil-may-cry/)

Jadi ape lainnya DmC berbanding siri asal DMC? Aku pernah main DMC 2 dan DMC 3. Boleh aku katakan yang hampir semua perkara ada kelainan. Dari perspektif aku, DmC 2013 merupakan pembawaan Dante ikut pengarah movie dari US dan bukan lagi dari sudut manga crazy Timur (pada aku, dulu cara cerita dia banyak pengaruh Jepun berbeza sekarang yang lebih attitude US). Perbezaan ketara dengan karekter utama, Dante tak lagi berambut putih tapi lebih metro ikut zaman sekarang ni dengan rambut pendek hitam dan pada aku sesuai dengan peredaran zaman jugak (sudah-sudahlah zaman rock kapak ;P).
 Siapa kata Dante takde rambut putih (Masa Devil Trigger aktif sahaja ye =P) 
credit: http://www.strategyinformer.com/ps3/dmc/2089/review.html

Corak penceritaan Dante dalam DmC juga lebih unik dengan naratif yang mengekalkan asas cerita sama cuma cara DmC sampaikan cerita ni sangat best!!! Sangat PARENTAL ADVISORY!!! (haha...Dante siap lawan mencarut dgn Boss dalam game...sgt lawak !!!). Pesanan kepada mak bapak, kawal sikit anak anda kalau dia nak main game ni yer.
 Cutscene yang paling menghiburkan bagi aku...haha 
credit:http://justrevs.blogspot.com/2013/01/devil-may-cry.html

Cerita bermula dengan Mundus, King of Demon suruh Hunter (askar dia) serang Dante. Mundus ni kira dah dapat kawal dunia manusia dari semua sudut (ekonomi, media, makan minum etc). Jadi satu masalah Mundus adalah adik beradik anak Sparda (demon) dan Eva (angel) yang mampu bunuh dia (hybrid yang dipanggil Nephilim). Dalam penceritaan lanjut game ni, karekter lain yang menyokong watak Dante ni pastinya kembar dia Vergil dan Kat (psikik yang mula-mula jumpe Dante masa dia kene serang Hunter kat caravan rumah dia).
 Lawan BOSS jahat yang kawal media amat menarik 
(siap ada siaran langsung Dante lawan musuh dari TV ...cool)
credit:http://www.nytimes.com/2013/01/29/arts/video-games/dmc-is-the-new-devil-may-cry-game-from-capcom.html?_r=0 

Respek dengan style seni environment DmC yang sangat best terutama bila masuk dunia Limbo, iaitu dunia songsang, demon tunjuk rupa sebenar diorang dan dunia tu berubah langsung dari dunia manusia (bangunan, tanah pecah belah, terapung sana sini...environment yang sangat menarik ;P). Flow penceritaan DmC terbaru dan plot dia modify sikit-sikit yang mana membezakan siri ini dengan abang-abang dia (baru la unik dan ada nafas baru...baca buku sama berulang-ulang sah2 ngantukkan). Cara dia sampaikan cerita pun best dengan grafik grafitti dan lukisan yang sangat lawa dan epic menceritakan konspirasi Demon King ke atas parents Dante dan nasib adik beradik ni yang memang dah takdir diorg dalam game ni untuk musnahkan Demon King dan pengikut dia. 
 Lukisan nampak macam mural cerita zaman dulu yang penuh misteri...hoho 
credit:http://justrevs.blogspot.com/2013/01/devil-may-cry.html

Cerita DmC juga nampak lebih menarik daripada DMC dulu. Aku perasan masih lagi ada usaha mengekalkan beberapa elemen asal game ni (cerita dan cara bermain). Namun tambahan baru juga menarik dan ada potensi untuk dikembangkan. Seperti DMC yang ori, DmC 2013 memperkenalkan kelengkapan persenjataan yang menarik. DmC 2013 ada set senjata demon dan angel (ada musuh yang memang kene set senjata demon/angel aje baru boleh dihapuskan). Set senjata ini juga unlock kawasan rahsia yang boleh cari item dan skill challenge.
 Dante dengan sarung tangan penumbuk demon bagi tumbukan KO..haha 
credit:http://www.newgamenetwork.com/article/776/dmc-devil-may-cry-review/

Namun perkara-perkara yang sama seperti DMC terdahulu masih kekal sama khususnya bila masa berlawan dengan elemen buat kombo pelbagai senjata dan gred hasil sesi bergaduh masih kekal. Apa yang lain adalah mungkin nak capai level gaduh SS agak mudah yang sangat dikondem pengikut setia game ni (pada aku bagus gak lebih mudah sebab ada mode lagi susah disediakan untuk veteran, kesian noob yang baru main...hoho). Beberapa skil pun aku perasan tak ada macam DMC dulu seperti Dante naik musuh macam skateboard dan lari2 kat dinding sambil tembak musuh.
 Musuh ikut tema senjata yang baru diperkenalkan, putih (senjata angel) & merah (senjata demon) untuk dikalahkan 
credit: http://techdeville.com/2013/01/15/dmc-devil-may-cry-review/

Elemen upgrade skil dan senjata juga masih sama dalam DmC. Tapi pada aku, point untuk upgrade juga lagi mudah sikit nak kumpul so rasa rewarding jugak la. Cuma skill tertentu macam Devil Trigger tu lambat sangat unlock sebabkan aku boring gak masa awal2 main game ni (lepas dapat skil ni laju je nak habiskan...haha). Isu DmC juga hampir sama denga MGR: Revengeance iaitu tiada option camera lock. Jadi serangan yang kita buat tak kena sesape yang merugikan dan beri ruang musuh untuk serang kita (frust gak pasal kamera ni...haih). 
 Upgrade skill anda jangan dilupe 
(Boleh kembali ke level sebelum kalau rasa ada benda tak puas hati...)
credit:http://asterix-gamespot.blogspot.com/2013/02/dmc-pc-review.html

 Skill milik Dante "dirantai" yang mengekang kuasa sebenar dia 
(nak unlock macam masuk tutorial lak, boring gak...) 
credit:http://www.pastemagazine.com/articles/2013/01/dmc-devil-may-cry-review-multi-platform.html

Jadi bagi aku yang suka main, game DmC 2013 merupakan nafas baru kepada siri DMC yang sangat memuaskan. DmC masih kekalkan benda-benda yang sama dalam DMC terdahulu. Cuma terdapat beberapa elemen baru yang unik ingin di bawa oleh Ninja Theory dan pada aku ok la sebab kalau kekal sama ape yang best kita nak main game ni balik pun. Jadi, jangan emo para peminat die hard, aku puji DmC best sebab pada aku memang ada kekuatannya dan cubaan menghidupkan semula siri ini harus dipuji. Macam kata Dante “F*#k Y%$!!!”

2 comments:

  1. the best review bro..2 thumbs up!!!DmC is the best action game eva!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for ur support...keep on reading and comments yeah =)

      Delete