Tuesday, 5 March 2013

Darksiders II: Malaikat Maut mengamuk...


   Darksiders merupakan game 3rd person berkonsepkan action adventure yang sangat seronok. Walaupun banyak pihak yang kritik ianya tiada originality dalam karya siri ini (ada mcm copy watak/cara bermain game lain seperti Vulgrim = Lich (Warcrat), Zelda dan God of War)…namun jalan cerita dan corak permainannya yang menarik merupakan daya penarik bagi aku personally untuk terus bermain game ni sejak dari Darksiders original…(prolugue dia sgt epic..)
Darksider II: Death Lives

   Cerita Darksiders ini berkisarkan cerita dari Four Horsemen (diorang ni gabungan campuran angel+demon= Nephilim) yang ikut arahan Charred Council yang menjadi hakim dan penguasa kepada dimensi-dimensi di dunia termasuk dunia manusia serta pastikan pergolakan Heaven dan Hell terkawal hinggalah tiba saat KIAMAT…perjalanan cerita game ini banyak dipengaruhi oleh ajaran Kristian dan Yahudi namun ianya tidak keterlaluan seperti genre lain yang lagi Biblical seperti Dante’s Inferno….(cerita dia kira karya fiksyen sama macam game2 lain…)
 
 
War dari Darksider terdahulu, mampu ke Death selamatkan saudaranya...hoho


Hero Darksiders yang pertama ialah War (salah sorang horserider) yang diarahkan oleh Charred Council untuk siasat pertelagahan antara Heaven vs Hell hingga sebabkan dunia manusia lenyap sebelum masanya…(tau2 ada konspirasi yang Heaven buat dan akhirnya War terpaksa lawan Charred Council untuk bebaskan diri)….pada masa yang sama Death menyedari yang saudaranya kene aniaya dan bertekad untuk selamatkan dia (ini lah background Darksiders II) yang akan merentas dimensi selain alam manusia (art environment dia sangat lawa….;P) untuk cari jalan penyelesaian selamatkan War dengan cari kuasa untuk revive semula manusia yang dah lenyap…(nak tahu jalan cerita kena main baru syok…)



The Forge, dimensi yang Death perlu teroka untuk ke mencari kuasa bagi memulihkan kembali manusia
 
Cara permainan Darksiders II adalah lebih kurang sama dengan Darksiders original namun watak Death mempunyai keunikan tersendiri daripada saudaranya War….Death lebih mudah bergerak dan mempunyai feel yang lebih menggerunkan (malaikat maut ala-ala gothic, COOL!!!)…Selain daripada sabit pembunuhnya, Death juga boleh guna senjata kedua (boleh pilih dari tukul besi gergasi, parang besar atau claws…) tapi damage lebih tinggi bergantung kepada level senjata selain dari taktik terbaik nak cederakan musuh khususnya BOSS-BOSS yang lebih besar dari Death…


 
Arrgghhh...amik ko kapak gajah Ali Baba....

 
Lari atas dinding sama seperti game Prince of Persia
Darksiders II juga memiliki elemen role playing dengan kita kumpul duit untuk beli potion, upgrade kebolehan dan senjata….Death juga boleh up skill dia dengan cara unlock skill daripada skill tree dia dengan gunakan point yang dia kumpulkan bila dia cecah satu level yang baru (cara utama nak unlock skill)…Death juga sama seperti War boleh combine gerakan menyerang untuk hasilkan beberapa kombo dan juga kill off musuh dengan cara yang menarik bila dah sampai takat akhir nak bunuh BOSS (dramatik giler nak bunuh boss macam game God of War…)   

Skill tree untuk unlock skill lebih ganas Death..



Kesimpulannya, Darksiders II merupakan game yang menampilkan watak baru ke dunia Darksiders iaitu Death dengan keunikan, kebolehan dan karakternya yang tersendiri (Death sangat POYO sbb dialog dia banyak sinikal dan egois..haha)…Dari sudut permainan, Darksiders II sangat seronok dimainkan walaupun jika anda baru first time main…misi-misinya juga banyak dan dunia Darksiders II juga amat luas untuk diterokai. Bagi aku yang suka main game, Darksiders II memiliki kekuatan jalan cerita yang menarik, grafik yang cun dengan watak utama yang cukup menghiburkan…

Harap2 ada lah Darksiders III di masa akan datang walaupun nasib sebenar title ini masih kabur kerana THQ, syarikat utama dia dah bankrupt…(moga ada company yang pickup Virgil Games, developer game ni…hoho) kbai

No comments:

Post a Comment