Wednesday, 13 March 2013

CRYSIS 3: KESUDAHAN SUPERMAN FPS

Crysis 3 merupakan penutup kepada cerita siri Crysis dengan hero utamanaya Prophet. Crysis merupakan game first person shooter (FPS) yang bercorak sci-fi yang mana berbeza dari pesaing sezamannya yang lebih menjurus kepada corak pertempuran dan penceritaan berdasarkan realiti peperangan sebenar. Namun keunikan pada Crysis adalah pada karekter hero, Prophet yang merupakan askar dengan kekuatan superman dan kebolehan unik datangnya dari nano suit (teknologi alien) miliknya.
Crysis 3 (superman dunia FPS)

Penceritaan Crysis 3 merupakan sambungan kepada peristiwa setelah siri Crysis 2 yang mana bandar New York pada zaman itu telah diserang oleh makhluk asing-Ceph. Penamat Crysis 2 menyaksikan Prophet (sebenarnya badan askar lain yang namanya Alcatraz) berjaya musnahkan Ceph dan cerita Crysis 3 menyambung apa yang berlaku selepas itu. Permulaan game Crysis 3 agak memeningkan kalau anda kurang faham jalan cerita awal (Crysis & Crysis 2) namun tidak mengapa sebab cerita dia aku rasa kurang menyengat (bukan sebab utama aku main game ni pun) kerana elemen paling penting untuk game ini adalah cara permainan itu sendiri.
Rambo dan Robin Hood mesti jeles tengok set memanah Prophet...haha

Dari aspek permainan, game Crysis 3 adalah terbaik bagi siri ini dan juga terbaik dalam arena sci-fi FPS (sama kategori dengan game Metro 2033, Aliens: Colonial Marines dan Borderlands). Nano suit Prophet mengekalkan aspek-aspek yang dah sedia maklum iaitu kekebalan (armor mode), jadi halimunan (stealth mode), kekuatan superman (lompat dan baling orang/objek jauh2) dan penglihatan (nano vision). Namun semua mode ini akan gunakan tenaga pada nano suit yang akan dicas semula bila meter tenaga suit tersebut naik balik (duk diam2 / off semua mode yang pakai tenaga nano suit). Keupayaan ini perlu digunakan dengan bijak oleh pemain sebab limitasi dia menyebabkan pemain kene bijak pilih taktik menyerang sama ada secara terus atau senyap (musuh pun ramai dari jenis manusia dan alien so pepandai lah pilih cara terbaik).
 Stealth mode (macam iklan sekejap ada sekejap tiada...;P)

Selain dari keupayaan nano suit Prophet, persenjataan juga sangat mengamcam bagi Crysis 3. Ciri-ciri naif taraf (upgrade) setiap senjata mengekalkan menu yang sama dengan kita boleh pilih skop, barrel, mode tembakan, stabilizer dan jenis peluru pada senjata yang kita guna. Jenis persentaan hampir sama dengan Crysis 2 namun senjata baru yang paling gempak dalam Crysis 3 adalah set memamanah yang kawan Prophet bagi pada dia (dah macam Rambo lak guna bow & arrow...haha). Nampak macam biasa je tapi antara senjata paling lama sejarah manusia ni paling berguna dan unik kerana ianya boleh digunakan tanpa mendedahkan Prophet bila dia dalam mode halimunan (tembak guna pistol xleh dalam mode halimunan sebab kacau sistem nano suit). Best tu best tapi kene bijak gak gune bow & arrow sebab limit dia cukup2 jer dan yang best boleh letak mata panah klasik atau ada cenderahati lain pada mata dia (bom, elektrik shock etc). Kekautan Prophet tarik anak panah tu pun ada pilihan sama ada tarik normal, sederhana atau super kuat (kalau kene orang biasa efek tercampak dia ganas gile...haha).
Custom senjata ikut suka korang

Custom setting memanah ikut suka

Kesimpulannya, Crysis 3 merupakan finale kepada Prophet dan siri Crysis yang hampir sempurna. Ada beberapa bende yang aku rasa boleh diperbaiki macam AI dia kekadang bangang sangat dan laluan yang kosong dari kawasan ke kawasan (patut letak ramai lagi musuh on da way ke objektif seterusnya). Namun, Crysis 3 tatap tampil dengan corak permainannya yang unik dan menyeronokkan dalam penceritaan manusia tidaklah bersendirian di dunia ni. Pengenalan bow & arrow merupakan senjata kuno yang mendapat sentuhan berteknologi tinggi yang sangat best dalam game ni dan membunuh musuh (manusia dan alien) tidak pernah rasa semudah dan seseronok game lain bila kita ada abiliti dari nano suit pada Prophet. Bagi aku yang suka main game, Crysis 3 akan aku ulang untuk level lagi susah bila dah tak ada game lain yang boleh memuaskan hati aku...haha.

No comments:

Post a Comment