Wednesday, 27 February 2013

Bergerak macam Agent 47 dalam HITMAN:Absolution


    Kaki gamers yang suka shooters dan corak permainan yang jenis stealth pasti pernah mendengar atau bermain title siri HITMAN dengan karakter utamanya adalah Agent 47, pembunuh bersiri terbaik organisasi yang dikenali sebagai The Agency

  
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang game ni tanpa perlu main game dia dari awal aku rekomen tengok movie dia yang tajuk dia HITMAN yang dikeluarkan pada tahun 2007. Aku sendiri dah 5-6 kali ulang tengok cerita ni sebab sgt COOLLLL!!!!!  Aksi dan style pelakon utama Timothy Olyphant yang memegang watak Agent 47 amat menjadi dan koreografi keganasan sepanjang movie itu pun sgt2 menjiwai siri game ni. Salute =)

          
Berbalik kepada game, HITMAN:Blood Money (2006) merupakan video game terakhir siri HITMAN sebelum HITMAN:Absolution yang keluar tahun 2012 lalu. Perbandingan yang akan aku buat adalah berdasarkan Blood Money dan Absolution memandangkan dua game ini sahaja yang aku pernah main bagi siri ini dan pada aku perubahan yang ketara dan amat baik. HITMAN:Absolution ni aku main di XBOX 360...




 Grafik
Perbezaan grafik Blood Money dan Absolution amat ketara dan boleh dikatakan keluaran terkini siri ini adalah yang terbaik dan amat memuaskan (Lebih separuh abad siri ni senyap...xupdate xtahulah). Aku puas hati dengan grafik yang dihasilkan bagi Absolution dengan bentuk model yang sangat sharp (takde nampak bentuk kotak2/pelik pada elemen dlm game) dan Agent 47 hinggalah ke individu persekitaran mmg clean dan tiada lagging. Bayang-bayang yang bergerak seiring dengan pergerakan permain dan pencahayaan juga real..Selain itu, persekitaran dia juga sgt lawa dan blend warna yang ikut mood game pembunuhan (mengancam...=P). Yang lebih pakar berkenaan grafik pasti lebih banyak komen dia tp pada aku grafik Absolution adalah yang antara yang terbaik pernah aku main bagi game 3rd person setanding game seperti Max Payne 3 dan Assassins Creed 3.

 
Pencahayaan dan environment yang mengancam!!
 Gameplay
Blood Money dan Absolution mempunyai persamaan iaitu pemain boleh pilih nak “assassinate” target dengan cara tersendiri sama ada secara kreatif atau tradisional. Kenapa aku kata kreatif: boleh buat target mati atas sebab kemalangan atau keracunan yang telah kita setup...(yang nak style mcm ni kene buat pemerhatian target dulu dengan kawasan persekitaran...lama sikit la tapi berbaloi (ada trophy rewards...)...yang cara tradisional just ikut target sampai tempat yang terpisah / terselindung dari orang lain dan bunuh dia (lebih direct dan tu kalau nak cepat habis main game ni...)
orang takde kite TEMBAK!!!

Tapi kelainan yang dibawa oleh Absolution yang sangat best pada aku ada 2 iaitu meter “instinct” dan juga tips2 elemen persekitaran. Berbanding Blood Money yang tiada dua elemen tadi, Absolution jadikan player  rasa macam kita memang pembunuh bersiri paling power yang ada atas planet ni...haha...(at least bantulah kita capai tahap Agent 47 yang lagi best berbanding kalau xde tips)...

Instinct Meter merupakan “kuasa” Agent 47 untuk gunakan option tembakan tepat dalam masa tertentu pada target yang banyak (kite pause masa utk aim banyak target sebelum kita release utk shoot dalam masa yang singkat...best) limit instinct juga logik dengan lagi banyak instinct lagi lama masa utk aim dan shoot target (efektif bila ramai sgt musuh...) Instinct juga bolehkan kita mengelak daripada dikesan oleh orang yang sama seragam dengan kita bila diorg dekat...(polis ingat kite member dia padahal...hahaha)...powerkan, tapi mcm nak quick shoot juga, kalau instinct byk lamalah boleh menyamar dan mengelak dari dikesan...jadi pepandailah cari jalan lain nak dekati target...
you can't see me!!

Ciri kedua yang amat aku suka adalah tips persekitaran dalam Absolution. Tips yang samar2 ini bantu players (especially aku yang kdg2 blur nak setelkan target) panduan nak hapuskan target...contoh macam tunjuk dapur gas / pam minyak / racun fugu (racun dari ikan yang dibuat sushi) yang boleh kita gunakan / sabotaj utk buat pelan kemalangan yang boleh hapuskan target....so mcm hebatlah kita boleh guna persekitaran utk bunuh target tanpa bodyguard boss yang mati tu tahu semua tu dah dirancang...(muhahahaha...kejam!!)

jemput makan BOSS...(muhahaa...)

So, pada aku HITMAN: Absolution merupakan game yang menarik bagi mereka yang suka stealth games dan 3rd person shooters...Absolution juga bagi peluang mereka yang baru nak berjinak dengan genre mcm ni bermain sebelum main siri2 seumpamanya yang lebih demanding mcm Splinter Cell atau Metal Gear Solid...Kesimpulannya HITMAN: Absolution dan Agent 47 adalah simbol permainan stealth killer yang mudah bagi mereka yang baru dan tidak mengecewakan bagi kaum gamer pertengahan macam aku dan hal ini turut diakui oleh reviews dan reaksi yang baik dari gamers di Jepun (padahal diorg ada game stealth yang legend macam siri Metal Gear Solid)...kbai =)

No comments:

Post a Comment