Thursday, 20 March 2014

LAGENDA KAKI PUKUL JALANAN

Tajuk post aku kali ni direct translation untuk game legend bagi semua generasi yang main game...haha... sape tak tahu Street Fighter boleh terjun bangunan sekarang...

Baiklah, sejak Street Fighter terawal aku main tahun 1994 dulu ada 8 karekter jer sehingga last main pada 2013 ada Ultra Street Fighter dah lebih 20+ tidak termasuk lagi keluaran siri ni (Alphalah, SF vs Tekken, SF vs Capcpm, SF vs Marvel etc)...karekter dia pun punyelah banyak dan jalan cerita dia pun pelbagai...Boleh aku katakan SF merupakan fighter game ever green yang selalu akan ada peminat...Walaupun ada banyak versi, hero utama dia tetap RYU dan buddy dia KEN...Selain game, movie pun ada a few yang aku ingat dikeluarkan ikut game ni...1st Street Fighter yang Van Damme lakonkan (agak boring walaupun hampir full roster SF ada dalam cerita tu) dan 2nd Legend of Chun Li (malapetaka movie SF yang xde RYU dan KEN...apekah!!!)

Sejak dari dua keluaran real life berkaitan SF ni, tak ada yang betul2 menjiwai apa dia SF. Sehingga ada keluaran short video ni...nah tengok dulu;

Macam best kan, Street Fighter Legacy merupakan langkah pertama kepada orang-orang dibelakang tabir pembikinannya untuk menghasilkan produksi yang betul2 ada feel SF yang menjiwai semua aspek(karekter, koreografi, mod dan lokasi dan lain-lainlah). Jadi dari tahun 2013 aku pun follow update pasal Street Fighter: Assassin's Fist, siri yang diorng akan keluarkan susulan kepada video asal tadi. Jalan ceritanya daripada aku baca akan melalui jalan cerita RYU dan KEN dari muda sampailah berbalah dengan orang-orang jahat...(yezza)...Selain daripada itu, peminat juga akan tahu sejarah tentang Tok Guru dua hero kita ni, Gouken dan juga musuh dalam kegelapan Akuma...asal usul mereka etc...(wooohooo....baca buku sejarah ape pun aku tak teruja macam apa yang dijanjikan diorg ni...haha). Karekter satu hal, scene gaduh dengan abooogit!! pun sama hebatnya termasuk kombo AKUMA...hoohoho (tak sabar yoooo!!!)

Jadi, beberapa teaser awal diorng dah dikeluarkan yang lebih kepada imej2 karekter. Para pelakon diorng boleh tahan top meletop...



Baru2 ni teaser dia pun baru keluar!!!! 


Walaupun tak bayak yang dipaparkan, untuk produksi ini diharapkan berjaya dan rasanya dari imej2 awal amat mengujakan...yeehaa...enjoy the trailer dan followlah diorng kat FB (https://www.facebook.com/streetfighterAF) dan tweeter (https://twitter.com/SFAFofficial) yer...bye2

Saturday, 25 January 2014

KONSOL GAME DAN HIBURAN SEMUA ADA GENERASI BARU: XBOX ONE PART 1

Hari ni aku nak ceritakan bagaimana perasaan bila dah buka XBOX ONE yang dah aku dapat dalam post hari tu...teruja lah kan dapat konsol baru dan tak sabarnya nak mainkan...haha...tp sebelum main kenalah tahu ape ke benda yang kita dapat dan akan pasang kat bawah rak TV rumah ni kan...


Ini lah yang akan anda dapat bila keluarkan semua isi perut kotak tu 
(tak termasuk bahan cetak yer...)
Part paling besar dalam kotak adalah yang paling last akan dikeluarkan...tp kat sini aku nk cerita dia dulu...iaitu kotak konsol XBOX ONE...saiz dia macam player VCR zaman dulu (macam retro kan...huhu)..Dengan jelas kita leh nampak slot Blu Ray di sebelah kiri dan lambang XBOX ONE di sebelah kanan...
  Muka depan XBOX ONE

Bahagian atas, bawah kiri dan kanan konsol ini dihiasi dengan slot-slot udara yang berfungsi untuk memberikan udara kepada komponen di dalamnya supaya tak panas...design sedemikian diharap dapatlah selamatkan X1 ini nanti dari episod konsol-konsol Microsoft sebelumnya yang terkena sawan Red Ring of Death (RROD) - (kes bila komponen dalam konsol panas....)
 Pandangan kiri konsol yang ada port  USB 3.0 (1 jer)
Pandangan atas XBOX ONE

Bahagian belakang dipenuhi dengan input-input berkaitan seperti tv, power, kinect, 2 slot USB 3.0, input LAN internet, dan juga input audio optic (kalau nak cucuk X1 ni dalam speaker external) . X1 boleh link tv top box (kotak Astro) untuk di sync dalam One Guide (guide dalam XBOX ONE...jadi nak tukar tv jerit je kat X1 masa main game atau ape2 aktivit yang korang buat masa tu...XBOX WATCH TV) Disebabkan aku kat sini tak guna set top box, jadi aku tak dapat nak rasa feel tukar tv dan game hanya bercakap...so kenelah buat secara manual macam biasa...(cume pasang cable HDMI out sahaja ke TV...). Overall, design kotak konsol X1 ni sangat besar dan klasik sangat d:( yang menyedihkan sebab takkan design tak leh lawa sikit kan...pastu dia takleh diletak menegak yer kengkawan, kene baring macam gambar, tapi bukan sebab itu kita beli X1 yer...haha

Pandangan belakang XBOX One

Peralatan kontroversi seterusnya yang datang dalam kotak adalah sensor Kinect 2.0 untuk XBOX One. Kamera ni memang datang sekali dalam set yang menjadikan X1 lebih mahal daripada seterunya dari Jepun (harga dia di UK GBP429, lebih GBP100). Kinect pada kali ini lebih besar dan sensitif berbanding pertama kali diperkenalkan, lens kameranya telah diupgrade dan juga terdapat 3 sensor infra merah (infra red-IR) yang menjadikan semua pergerakan manusia-manusia yang ada depan kinect dapat dikesan (X360 ada 1 jer)...kinect kali ini katanya boleh cam sehingga 6 orang dalam satu masa...Pengalaman sendiri bila guna kinect ni best sebab bila kita on dan sign in profile dia cam dari muka kita jer...(hoho)...pergerakan memang smooth dan kalau kita kuar tinggalkan ruang main untuk pergi dapur, dia akan dim dan on balik bila kita datang semula (jimat elektrik maaa...).
Aksesori penting bagi XBOX ONE : Kinect 2.0 dan Controller

Kinect 2.0 

Kamera resolusi tinggi yang ada pada Kinect in juga sangat bagus bila kita terutama bila video chat. Menggunakan Skype, kuali ti videonya adalah 1080p (kat UK ni Skype je lah dengan orang Malaysia)...macam tengok cerita Blu Ray tu. Software X1 dan Kinect juga sangat bagus hingga boleh auto zoom kepada orang yang sedang bercakap dan akan "kejar" kita kalau kita bergerak (kalau keluar bilik xdelah dia nak ikut yer  ;p). Kinect juga merupakan alat yang mendengar semua arahan pengguna dan ada set arahan suara yang sangat panjang...dari "XBOX ON" hinggalah ke "XBOX Bing...."untuk search ape aje dengan hanya bercakap (slang English Jawa so kekadang dia salah search...haha). Suara dalam semasa main game pun ada sebab masa hands-on masas main Fifa 14 dapat juga kadang2 dengar orang yang kita lawan online jerit2 (tu bukan sebab aku kene titik yer...) dan juga boleh memberi arahan taktikal semasa dalam permainan (nice ;P) 

Antara voice command yang boleh kita gunakan bagi XBOX ONE

Kontroller X1 mengekalkan layout sama seperti kontroller XBOX 360 (yang memang best bagi game FPS)...Namun ada kelainan yang tersendiri....Pertama sekali yang dilihat adalah ianya seperti gemuk sedikit, butang XBOX home sudah berada di atas dan bukan di antara butang SELECT dan START...(jadi taklah tereksiden tertekan masa main...) Keduanya, kontroller ini masih menggunakan bateri AA namun tempatnya telah dimasukkan ke dalam PCB kontroller itu sendiri...maknanya anda lebih selesa bila pegang kontroller (boleh main lagi lama...). Kontroller X1 ada 40 penambahbaikan (katanya...) dari kontroller X360 termasuk penggunaan bateri lebih jimat, boleh kesan siapa yang pegang kontroller bila main reramai (tu snyc dgn Kinect so profile kita, rekod game kita jer...) dan juga ada "gegararan'' bagi setiap butang RT dan LT yang baru (macam real lak bila tembak2...haha)...Secara peribadi kontroller ini juga lebih ringan dari yang lama jadi kene berhati2 jangan campak bila kene titik main Fifa 14 nanti (Note to self..). 

Pandagan atas dan Bawah Kontroller

Aksesori lain yang datang dalam kotak adalah Headset, kabel HDMI dan juga Power Brick untuk konsol... Headset X1 juga berbeza dengan X360 kerana telah diupgrade dan dilengkapi dengan volume controller di bahagian input ke kontroller...Belum pakai  lagi tapi nampak canggih...hehe...

Cukuplah kali ini cerita bila bukak kotak je dulu...next post ape berlaku bila dah cakap "XBOX ON"  :P


Thursday, 23 January 2014

KEJUTAN KOTAK KANGKUNG

Post pertama tahun 2014...haha...lama betul tak bukak blog ni...Termaklum sekarang aku dah bercuiti sementara dari bekerja dan kini berada di tanah Braveheart iaitu Scotland...3 tahun aku akan berada kat sini iAllah dan moga semua berjalan baik menjaga keluarga dan pada masa sama wife aku buat PhD...amin...

Jadi post pertama kali ni aku nk share surprise sempena birthday aku pada 15 Januari yang baru je lepas...Aku tak expect ape-ape tahun ni sebab dah bukan kat Malaysia dan seperti biasa wife aku akan plan something..hadiah pun aku tak expect pape sebab dah jauhkan walaupun wife aku ada minta wish list...dia minta 10...aku bg yang murah-murah dan letaklah gak bende-bende merepek sedangkan aku tahu memang logiknya takkan dapatnya...haha

Terus ke hari 15 Januari 2014...hari biasa jer...kerja-kerja rumah buat macam biasa, so wife aku pergi school pagi balik petang tapi hari tu pelik sebab dia kata nak naik kereta...tak kesahlah kan...sebelum dia balik petang tu dia suruh aku kuarkan ayam dan buat spaghetti...ok fine untuk makan special sikit...aku memang expect tu jer...tiba jam hampir kul 6 petang kat Edinburgh dah macam 10 malam kat Malaysia...wife aku memang ada kunci rumah tapi pelik kenapa dia ketuk je pintu tak bukak macam biasa bila balik hari tu...Aku terkejut gila bila bukak pintu Fazlan, Indah dan Fariz (anak diorg) depan pintu...dah lah pakai kain pelekat dengan rumah macam kapal karam Nawfal selerakkan dengan mainan dia...tersenyum jelah aku jemput semua masuk...
Ni kaum Adam yang ada hari tu...(Fazlan baju biru)

Fazlan macam aku lah wife dia buat PhD...masa dia dtg tu jugak dia bawa kotak hadiah dari Amazon...aku malas nak pikir sebab takkan dia bagi bende paling aku tak expect akan dapat...haha..jadi makin lama makin ramai datang rumah, aku dah tak tentu arah nak melayan...all in all ada lah 8 pasangan Malaysia bersama-sama anak diorg datang meriahkan hari lahir aku malam tu...kitorang makan Marmaris (calzone yang sedap dan pizza) serta speghetti yang disediakan oleh Tuan Rumah dan isteri...hoho...Lupe lak, kek yang sedap pun ada juga...

My family :)

So bila dah makan aku dah tak tahu nak buat ape aku pun bukak lah hadiah tu...dah tak terkata kaler kotak dia macam kangkung muda tapi isi dia NEXT GEN woo...syukur sebab dihadiahkan oleh isteri XBOX ONE FIFA 14 Edition...aku dah kata kuar Malaysia datang sini tak mian game dah...tp wife aku kata tengok aku stress jaga anak2 and dah banyak berjasa dan akan datang kene minta tolong banyak lagi, dia belikanlah benda ni...



Jeng jeng...XBOX ONE 
(malam tu dah try run dah...haha)

Terima kasih banyak sayangku Nur Nadiah Md Yusof...dia pun ada citer gak, leh baca kat sini : http://nadot.my/2014/01/surprise-party-sempena-birthday-dude.html

Jadi nak review item XBOX ONE ni nantilah yer, panjang nk citer tapi masa menaip ni pun nasib anak tido...haha...jadi tunggu post akan datang...BYE :) 


Monday, 15 April 2013

SANDWICH BIKE: BASIKAL DALAM KOTAK

Trend berbasikal di Malaysia dah semakin diminati ramai. Aku rasa mungkin disebabkan penangan Azizul Hasni aka Pocket Rocketman masa Olimpik lepas menyebabkan fenomena berbasikal ni makin diminati ramai. Jadi kali ini aku nak share pasal satu inovasi basikal yang pada ada aku sangat COOL...
Hebat kot idea diorang ni buat basikal pakai kayu
Pernah tak terpikir kita beli basikal yang akan dihantar dalam kotak macam beli perabot IKEA (kene pasang sendiri dan material dia majoriti berasaskan kayu-plywood). Aku sendiri terkejut masa terjumpe artikel yang ada company dah pun design dan ada prototaip basikal daripada kayu (dan ianya pada aku sangat lawa!!!..drool). Company hebat yang design basikal ni aka Sandwich Bike ialah Bleijh Industrial Design Studio dari Amsterdam. Pada tahun 2013, Sandwich Bike dah pun dipaparkan secara fizikal bersempena Salone del Mobile di Milan, Itali yang baru sahaja selesai. Design atas kertas je bebarapa tahun lepas tapi dah jadi realiti dan dah boleh ditunggang (HEBAT!!!).
Dalam kotak ada basikal (genius!!)

Konsep pembinaan basikal ni adalah berdasarkan matlamat menghasilkan produk yang bertemakan flat packing and home assembly.  Jadi para designer yang kreatif ni pun bina konsep berasaskan tema tersebut dan hasilnya sungguh mengujakan (aku rasa ramai tabik spring tengok design basikal diorang ni). Basikal ini dijangka dijual pada akhir 2013 ini (Malaysia tah masuk ke tak...hoho). Diketahui umum banyak brand dan company elit termasuk automotif pun ada hasilkan basikal (Lotus pun ada basikal) namun kebanyakannya lebih kepada spek tinggi (racing, trekking) yang berbeza dari Sandwich Bike yang lebih kepada mood santai.
Pasang sendiri macam leceh tapi bagus jadi kita tahu apa yang rosak/nak disassemble ;P

Maka terhasillah Sandwich Bike yang komponen penting dia (body) berasaskan kayu plywood (yang memalui teknik pengukuhan/lamination aku rasa banyak kali ni) dan part berasaskan besi (cuma ada 50 part aje!!) yang penting macam handle, crank, rantai dan skru-skru yang semuanya dipasang dengan SATU aje alat (xyah pikir cari screwdriver dan spana..haha). Semua ini didatangkan dalam satu kotak yang termasuk sekali kertas panduan dia untuk para pemilik dia pasang.
Design futuristik dan kayu tu beri peluang untuk personalize basikal ni ikut citarasa
 

Bagi aku secara peribadi, sandwich Bike ini sungguh hebat dari sudut rekabentuk (minimalist dan futuristik) serta sangat fungsional (basikal dan boleh lipat masuk kotak). Tidak diketahui kekukuhan dia sampai tahap boleh buat treking ke tak tapi sah-sah untuk casual rider yang bawa bersiar-siar dan pergi sekolah/ofis memang tak ada masalah. Kalau ada rezeki nak gak la angkat satu (kalau harga mampu milik...hehe). Sapa ada duit boleh pre-order kat sini ok http://sandwichbikes.myshopify.com/. :D

Tuesday, 9 April 2013

INJUSTICE: GODS AMONG US SUPERHERO PUN TAHU PENAT KALAU GADUH JE

Game gaduh (fighting) memang best lagi-lagi kalau yang bergaduh tu hero-hero komik yang kita suka kan. Injustice: Gods Among Us merupakan satu entry baru game fighting memaparkan hero-hero komik DC macam superman, batman, the flash dan karekter orang jahat macam Joker, Sinestro, Bane dan Doomsday. Jom layan sebab kat app store iOS dulu lah sebab game ini akan kuar 16 April (officially) utk konsol dan PC (sebab xsabar tunggu punye fasal..haha).
 
 INJUSTICE: GODS AMONG US (antara game yang sangat dinantikan 2013)

Injustice untuk iOS merupakan game yang sama konsepnya dengan full game dia iaitu perlawanan antara karekter-karekter DC Universe (hero dan orang jahat). Perlawanaan dalam platform iOS ni akan melibatkan perlawanaan secara trio bertukar sampai semua ahli mati ( last one standing dia menang). Permulaan bila main game ni kita akan diberi 3 orang karekter untuk memulakan permainan. Dari situ kita akan bina karekter yang akan naik level berdasarkan point untuk kita unlock skil (ultimate move bila dah cecah level 20 baru unlock) dan skil tier 1 dan tier 2 (yang perlu dibeli untuk unlock/upgrade damage). Kekurangan dia kat sini dia tak ada jalan cerita yang. Masuk arena gaduh samapai penat (energy habis tak leh bayar tol masuk gaduh...superhero pun tahu penat).
 Dashboard game ni simple dan straight forward


Perlawanan karekter ni semua ikut arena dia. Setiap arena ada beberapa siri perlawanan sebelum jumpe final fight untuk completekan satu-satu arena. Setiap kemenangan kita akan dapat markah untuk level up dan juga currency (duit) untuk beli upgrade (support card untuk karekter, naikkan damage special move) atau beli karekter baru dari store (superman dan batman mahal gile!!!lambat lagilah nak beli huhu). Sebelum kita unlock set arena baru, ada BOSS yang kita kene kalahkan dan nak kalahkan BOSS ni susah dan kene pandai timing serangan dan blocking (kene gak serangan dia tapi damage tu kurang). Nak masuk berlawan pun ada tol dia bergantung pada arena yang akan perlukan energy karekter (1 energy, 2 energy) dan aku expect lebih tinggi bagi arena-arena seterusnya (tunggu lagi energy full balik).
 Gaduh main swipe dan tap agak bosan walaupun simple (haih...)



Simpan dan gune kredit yang anda kumpul dengan bijak 
(beli pukal pun boleh tapi rugi takut kad xleh guna dengan karekter yang kita ada (dahlah mahal)..hoho)

Aspek perlawanan Injustice iOS pula sangat simple. Tapi untuk serang, tekan pada/iphone dengan dua jari untuk block, tekan power (level 1,2,ultime) untuk buat super move yang QTE sama ada timing atau swipe lelaju (kanak-kanak pre-school pun leh master). Lokasi perlawaan dia lawa dan pelbagai namun elemen untuk kita guna peralatan kat site tu sebagai senjata tak ada macam full game (dah lawan pun tap tap jer mana nak capai nye kerusi meja kat site). Walaupun kaedah berlawan simple namun kene bijak gak untuk timing blocking, serangan dan tagging kawan kita masuk sebab musuh makin susah menuju level-level berikut dan ada kelebihan masing.
 
Super move hero/villain sangat best tapi tunggu dah samapi level 20 baru leh unlock(adoi ai)

Injustice bagi iOS ni bagi aku yang suka main game bolehlah untuk preview sikit rasa mian game Injustice sebelum yang full version keluar. Game versi iOS ni juga bolehlah kalau nak dimainkan bila tak duk depan konsol main full game. Grafik diakui lawa dan lawan sebagai karekter komik DC memang best (xjemu kot). Namun aku kecewa sebab move set dia mudah dan tiada variasi, karekter sedia ada untuk kita guna sikit dan paling sedih TIADA MULTIPLAYER!!! (sebab iphone dan ipadkan memang online..huuhuu) serta tiada jalan cerita pun (aku yakin full game ada nanti). Jadi untuk aku main game ni pun kejap-kejap je lah sampai energy karekter habis aje (tunggu lagi). Namun full game Injustice  memang aku nantikan dengan penuh bernafsu sekarang ni..hoho. 

Friday, 5 April 2013

TOMB RAIDER: ORIGIN SEORANG PENCARI HARTA KARUN

Tomb Raider merupakan satu siri yang best dalam movie dia (Angelina Jolie berlakon mmg superb ;P) dan aksi yang dipaparkan juga sangat menagncam dengan skil-skil akrobatik yang hebat. Namun pada masa tu ada gak game Tomb Raider tetapi ia tidak dapat menarik aku untuk cuba bermain pun sebab dari trailer je aku dah down melihat grafik dia yang tak lawa dan gameplay dia macam main Super Mario(ops :P). Namun bagi tahun 2013, Lara Croft kembali di dunia maya dengan menceritakan cerita asal usul (origin) dia. Best ke tak ek?? (ramai yang kata mesti fail sebelum game ni keluar).

Tomb Raider : A Survivor is Born
Tomb Raider 2013 (TR) merupakan genre action adventure yang membawa watak heroin aksi dunia game Lara Croft kembali mengimbau sejarah awal dia sebelum jadi pencari harta karun yang power dan digeruni. Asalnya Lara Croft bermula sebgai seorang ahli muda dalam ekspedisi kumpulan mencari tamadun yang hilang, Yamatai yang diketuai oleh Puteri Himiko...aku baca mmg ada sejarah plot ni dalam buku sejarah). Pasukan ni pun carilah kat satu pulau (tempat untuk game ni) yang diorang sampai lepas kapal diaorang kene ribut (nilah background evolusi Lara jadi survivor). Perbezaan Lara game terdahulu dan terkini sangat jelas dari aspek fizikal karektu tu sendiri dengan rupa paras yang ayu dan tak mencolok mata sangat (dulu mcm byk inplants jer...) dan skil dia tidaklah terlalu over (xdelah lompat sampai boleh buat backflip). 
 Environment yang lawa dengan grafik menarik mengikut mood
Namun semua resepi menjadikan Lara kepada watak yang kita tahu cukup seimbang (pada aku LC 2013 lagi real dari dulu dan lebih masuk akal). Perubahan Lara dari seorang manusia biasa yang perlu redah kepayahan berdasarkan instinct untuk terus hidup kepada watak hebat (bad ass heroin) hingga satu kumpulan pengganas yang pro pun takut dengan budak kecik ni diceritakan dengan baik walaupun sikit tak masuk akal gak profesional leh kene titik dengan amatur (pembunuhan Lara yang pertama sangat epic dan harus dipuji transformasinya tu).
Elemen Instinct  yang ada pada Lara menbantu kita selesaikan puzzle / cari arah tuju 
(simple dan cukup sebagai panduan)
Selain penceritaan origin Lara, TR 2013 juga mengagumkan dengan grafik yang sangat detail namun tidaklah begitu luas untuk diterokai (tak luas pun aku naik sesat sebab environment dia gelap....haha). Kawasan permainan yang berbeza setiap level menjadikan TR tidak menjemukan dan mengujakan untuk dihabiskan segera (aktivit-aktiviti yang pelbagai mcm puzzle, memanjat sana-sini dan harta tersembunyi yang ditemui). Keluasan map juga boleh diluaskan lagi kalau siapa ada duit dan masa lebih untuk download DLC dia yang buka misi tambahan khususnya untuk mencari harta karun. TR juga ikut trend game action adventure sekarang dengan banyak QTE (quick time events) tapi yang membezakan TR ni kalau dah lamat tekan input (horror gile!!!). Kesan kelewatan/salah tekan nilah yang membezakan QTE TR dengan game-game lain (best giler mcm tgk Final Destination..haha).

Malang tak berbau (cepat sikit jari tu ikut QTE!!!)
Seterusnya, Lara sebagai survivor guna senjata pun hasil dari persekitaran pulau. Senjata utama ada 4 jer iaitu bow & arrow (amik dari mayat), kapak, pistol & shot gun (dari pengganas). Namun semua ni unlock sikit-sikil dan senjata utama yang aku sendiri banyak pakai pun bow & arrow. Senjata juga boleh diupgrade dari kotak-kotak sekitar pulau yang Lara salvage hingga satu nilai tertentu untuk upgrade di base camp. Skill salvage pun penting untuk kita dapatkan makanan bagi replenish health Lara dan juga cari barang dari mayat/pengganas yang mati.

Senjata tak banyak (kata survivor, bukan pergi perang =P)
 
Selain senjata, Lara pun ada set skill untuk dinaikkan iaitu survivor (lebih kepada skil ketahanan macam animal instinct, salvaging, tahan sakit etc) dan hunter (lebih kepada penggunaan senjata macam menembak, targeting etc) yang hanya boleh kita upkan bila dah ada skill points yang cukup (samalah mcm game lain bila dah sampai level tertentu watak utama game). Semua kerja upragrade ni kita buat kat Base camp. Base camp pun merupakan stesen untuk kita lompat dari kawasan ke kawasan (kalau rajin dan pasti akan kita terokai kawasan permainan) untuk cari harta-harta tersembunyi (kalau nak cepat unlock level karekter dan cari kotak-kotak untuk upgrade senjata). Transfer dari kem ke kem juga mudah dan cepat dan setiap tempat yang kita jumpe item pun ada tanda kat map bende-bende yang kita jumpe.

Set skill Survivor untuk diuprgade bila Lara mula jadi power
Kesimpulannya, Tomb Raider 2013 adalah game origin Lara Croft yang sangat best. Para peminat game lama siri ini mungkin akan rasa Lara kureng sikit tapi apa yang dibawa oleh game TR kali ini cukup selari dengan peredaran masa dan memuaskan (semua elemen ada, tak banyak pun adalah sikit sana sini). First time aku tak ada bende nak komplen sebab memang game ni seronok dan tak bosan. Evolusi Lara dari orang biasa jadi survivor yang bad ass mcm karekter dia yang kita tahu sangat epic. Namun implikasi utama lepas main game ni ialah persepsi aku untuk game yang watak utama dia seorang heroin (kecewa banyak dengan game gune heroin) berubah sama sekali sebab aspek permainan TR telah menjadikan Lara best dan seronok dikenali, ceritanya menarik dan hidupnya perlu kita mainkan sampai habis (kalau mati restart balik lah kan...). Rugi woo tak cuba!!

Monday, 1 April 2013

GIGI HARIMAU BARU SAMPAI

Ada barang baru sampai....

 Kotak sebelum dibuka

Isi perut dah dioperate =P

Ada masa aku review lepas test run...baru semangat nak habiskan FPS games yang aku tak sempat nak main (COD: Balck Ops 2, Crysis 3, Halo 4)...rase kering lak poket ni walaupun  tangan akan basah dengan peluh <drooll>...=p